[Doa Pelembut Hati]
Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syura –ayat 19 (42)
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALI’IMRAN- 200 (3)
Cara Beramal:~
1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini
2. Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu
3. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.
Kaedah:-
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
*** Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah
*** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.
Jet Li selamat jalani pembedahan buang tumor
8 minutes ago
No comments:
Post a Comment