Rokok Elektronik : Benarkah Bahaya?

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Setelah sekian lama saya “berehat” dari menyumbangkan artikel mengenai alat pengewapan peribadi (personal vaporizer, lebih dikenali dengan singkatan PV), kini terpanggil untuk kembali ke dalam arena ini. Kalau dulu nak memperkenalkan PV, tapi sekarang seolah-olah satu perjuangan untuk membetulkan persepsi masyarakat terhadap alat ini yang nampaknya sudah mula dipandang serong.
Rata-rata pengguna PV di negara ini gempar dengan kenyataan akhbar oleh Datuk Dr. Zulkifli Jantan, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dalam Utusan Malaysia bertarikh 7 Januari 2013. Walau bagaimanapun, di atas inisiatif salah seorang pengguna PV, saudara Fazliez Hj Noh telah menghantar e-mel kepada Datuk Dr Zulkifli memohon penjelasan, jawapannya seperti berikut :
 “Saya hanya memaklumkan peruntukan undang2 yang di Malaysia pada masa ini. Sebenarnya menggunakan rokok elektronik tidak menjadi kesalahan. Sekali lagi saya maklumkan mengimpot dan menjual cairan yang mengandungi nikotin yang melanggar Akta Dadah Merbahaya. Setakat ini kaedah menggunakan rokok elektronik belum diguna oleh KKM tetapi tiada larangan untuk diguna oleh doktor swasta. Hanya Pengamal Perubatan yang boleh memberi preskripsi untuk menggunakan nikotin. KKM pula menggunakan kaedah nikotin patch untuk memberhentikan merokok. Harap maklum dan boleh berjumpa saya atau pegawai JKNS untuk bantuan khidmat berhenti merokok atau maklumat lanjut. Terima kasih.”
Kandungan penuh dari e-mel saudara Fazlies boleh dilayari di fanpage berikut – Kami Mahu Kerajaan Benarkan Penjualan Rokok Elektronik .
Sebelum ini, terdapat satu lagi e-mel dari pengguna lain, Mohd Amir yang ditujukan kepada orang yang sama dan memberikan jawapan seperti berikut :
“Tuan,
Maaf atas kekeliruan itu, e-rokok tidak salah. Yang salah ialah cairan Nikotin kerana ia belum didaftar di Malaysia. Utusan Malaysia tersilap melapor kenyataan saya dan saya sedang meminta mereka membuat pembetulan.
Untuk menghalalkan cairan nikotin pula, adalah diperingkat Biro Farmasi Negara dan YB Menteri Kesihatan.
Saya hanya memaklumkan bahawa pada masa ini adalah menjadi kesalahan menjual dan menggunakan cairan Nikotin.
Kaedah memberhenti tabiat merokok menggunakan e-cigarette belum diguna oleh KKM.
Sekian.
Dr Zulkifli Jantan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile”
Dari jawapan e-mel berkenaan, adalah jelas dua perkara yang berbeza. Penggunaan cairan nikotina dan rokok elektronik. Pada pandangan saya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melaksanakan langkah yang betul kerana mereka bertindak dan hanya menguatkuasakan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Komestik 1984. Mana kenyataan mengenai kesalahan menggunakan rokok elktronik?
Kemudian keraguan masyarakat melonjak lagi dengan kenyataan akhbar oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Saya seru rakyat Malaysia supaya meneliti setiap perkataan dan ayat yang digunakan oleh akhbar. Akhbar tidak boleh menipu tetapi mereka boleh mengubah susunan kenyataan ayat seseorang yang diwawancara. Antara perkataan yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan ialah ;
“Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette,” katanya.
dan,
“Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan.”
Baca balik setiap akhbar yang menyiarkan cerita ini. Tajuk memang menggerunkan, tapi kandungannya kena diteliti dengan rapi. Ayat yang nampak neutral diletak pada perenggan akhir. Di mana ayat yang mengatakan penggunaan rokok elektronik ini bahaya? Mungkin yang ini -
“Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen ’1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat’ di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra hari ini.
Ayat di atas hanyalah kenyataan peribadi beliau yang bukannya berdasarkan kajian saintifik. Sila baca balik kenyataan beliau yang lain pada perenggan sebelum ini . Beliau akan meminta KKM buat satu kajian.
Tetapi banyak kajian telah dilakukan oleh badan bebas dari negara  luar. Maksud badan bebas ialah, satu badan yang tidak ditaja oleh mana-mana syarikat rokok untuk menghasilkan penemuan yang negatif mengenai rokok elektronik. Rakyat juga harus tahu terdapat kajian yang dijalankan untuk mencari fakta negatif ini akhirnya disangkal oleh kajian lain. Penemuan hasil kajian yang ditaja oleh syarikat rokok tidak boleh diterima !!! Kepada mana-mana penulis blog yang anti rokok elektronik, harap anda dapat buat penelitian sebelum memetik mana-mana kajian yang anti rokok elektronik. Sila layari  Consumer Advocates for Smoke-free Alternatives Association (CASAA) di sini.
Saya sebagai pengguna PV, faham mengenai kawalan penjualan nikotina di negara ini. Nikotina hanya boleh diperoleh melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar sahaja. Adalah menjadi satu kesalahan jika menjual dan membekalkan nikotina tanpa permit. Tapi bukan rokok elektronik !!!
Kenapa? Sebab rokok elektronik juga boleh berfungsi tanpa cairan nikotina. Memang diakui cairan tanpa nikotina itu belum lagi diuji oleh Biro Farmasi Negara, KKM. Tapi adakah hanya BFN sahaja yang menjadi sumber rujukan utama pengguna PV di Malaysia? Adakah pengguna PV di Malaysia tidak mengkaji fakta-fakta dari badan bebas antarabangsa yang lain?


Sumber : http://inaiputih.wordpress.com/2013/01/15/rokok-elektronik-benarkah-bahaya/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posting Terkini

Blog List

Arah kiblat anda