Naik Harga Tiket Piala Malaysia Ada Makna ini???????


Kerajaan negeri Terengganu beri subsidi tiket final


KERAJAAN negeri Terengganu semalam mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus terhadap 30,000 keping tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada penyokong Terengganu, lapor MANIRAH OTHMAN.
Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata, dengan pemberian subsidi hampir RM750,000 itu, penyokong skuad Penyu hanya perlu membayar RM25 sekeping tiket, berbanding harga jualan yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin iaitu RM50.
"Saya sendiri terkejut apabila mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) pagi ini (semalam) mengenai perkara itu dan kita sangat bersyukur.
"Ia adalah hadiah istimewa untuk peminat Terengganu," kata Che Mat ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Jelasnya, sebahagian peminat sudah membuat tempahan daripada PBSNT semalam untuk mendapatkan tiket berkenaan yang dijangka dibuka untuk dijual secara runcit bermula pukul 9 pagi ini di pejabat PBSNT di Kuala Terengganu. Seterusnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posting Terkini

Blog List

Arah kiblat anda